Air Selangor prihatin dengan individu yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik
COVID-19. Air Selangor kini menawarkan tajaan Program Kursus Kemahiran Perantis
Tukang Paip kepada mereka yang berminat untuk menerokai peluang kerjaya baharu
dengan penerapan kemahiran asas teknikal seperti pertukangan paip yang melibatkan
pemasangan, penyenggaraan dan pembaikan paip.

Air Selangor bekerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM), sebuah agensi yang
merupakan pusat penilaian dan latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB), yang memenuhi keperluan untuk pembangunan dan peningkatan
kemahiran di kalangan pekerja binaan bagi memastikan tahap kemahiran kursus yang
diberikan kepada peserta adalah diiktiraf dan tenaga pengajar yang berkemahiran serta
bertauliah.

Air Selangor berharap melalui program ini, individu yang terjejas mendapat ruang dan
peluang baharu untuk menjana pendapatan sekaligus menjadikan tukang paip sebagai
kerjaya yang lebih menjamin masa hadapan.


Borang Permohonan