AIR SELANGOR MERAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA BERSAMA KOMUNITI

SIARAN MEDIA  
18 SEPTEMBER 2020 

 

Kuala Lumpur  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meraikan sambutan ulang tahun pertamanya selama seminggu, bertemakan “Menghargai Komuniti” dengan beberapa aktiviti bersama komuniti di wilayah Gombak, Sabak Bernam dan Petaling. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memberi semula kepada masyarakat dengan cara yang lebih bermakna sambil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Air Selangor memulakan sambutan ulang tahunnya bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin, Sabak Bernam pada 15 September, diikuti dengan bantuan kepada keluarga kurang mampu di Kampung Selayang Baru, Gombak pada 17 September. Air Selangor juga turut menganjurkan program bersama komuniti dengan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai hari ini 

 

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tiga kawasan ini termasuk gotong-royong dan aktiviti rekreasi bersama komuniti masing-masing. Air Selangor turut menghulurkan sumbangan makanan asas kepada komuniti yang kurang mampu melalui inisiatif Box of Hopeiaitu program Sesama Mara dengan kerjasama Village Grocer dan Yayasan Food Bank. Jumlah keseluruhan penerima sumbangan Box of Hope sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Air Selangor adalah seramai 131 keluarga. 

 

Program komuniti bersama penduduk PPR Lembah Pantai hari ini merupakan inisiatif terakhir bersama komuniti sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Air Selangor. Encik Suhaimi Kamaralzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor turut hadir pada majlis tersebut diiringi oleh Puan Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat dan Encik Kelvin Siew Weng