4 LOJI RAWATAN AIR MASIH BELUM BEROPERASI SEMULA (9:00 MALAM)

4 September 2020, 9:00 Malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi semula. Ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga jam 8:30 malam ini masih mengesan pencemaran pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON. 

 

Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran - saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini. 


Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.