BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM PULIH SEPENUHNYA [30 Dis 2020, 10AM]

30 DISEMBER 2020, 10:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam pada 29 Disember 2020 telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, hari ini. 

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.     

 

-TAMAT-