BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LANGAT DAN SEPANG PULIH SEPENUHNYA

25 November 2020, 1:00 tengah hari

 

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 27 kawasan di Wilayah Kuala Langat dan Sepang yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari ini.

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

 

-TAMAT-