BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR PULIH SEPENUHNYA DAN 70 PERATUS KAWASAN DI WILAYAH PETALING PULIH BERIKUTAN INSIDEN PAIP TERPUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA [1 Jan 2021, 9.30AM]

1 JANUARI 2021, 9:30 PAGI

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur berikutan insiden paip air terputus di Damansara Utama disebabkan oleh tanah runtuh. Setakat jam 9:00 pagi ini, kesemua kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur telah menerima bekalan air sepenuhnya.

Di Wilayah Petaling pula, sejumlah 70%, bersamaan 30 kawasan telah pulih sepenuhnya dari 43  kawasan yang masih lagi terjejas. Senarai 13 kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Bantuan bekalan air alternatif melalui lori-lori tangki dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor menyarankan pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A

SENARAI 13 KAWASAN YANG BELUM PULIH BEKALAN AIR BERIKUTAN INSIDEN PAIP TERPUTUS DI DAMANSARA UTAMA YANG MENGAKIBATKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL – 1 JANUARI 2021

WILAYAH PETALING

Kampung Bukit Lanjan

Seksyen 20

SS6

Kampung Sungai Penchala

SS1

SS9A

Pinggiran TTDI

SS2

SS21

Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

SS4

PJU 1A, Ara Damansara

SS5