BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR PULIH SEPENUHNYA [13 Nov 2020, 12PM]

SIARAN MEDIA – SEGERA
13 NOVEMBER 2020, 12:00 TENGAH HARI

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 1,279 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, hari ini.

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Sentiasa gunakan air secara berhemat.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

– TAMAT –

 

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd