BEKALAN AIR DI WILAYAH SABAK BERNAM PULIH SEPENUHNYA

17 DISEMBER 2020, 7:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 38 kawasan di Wilayah Sabak Bernam yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 2:00 pagi ini tadi.

 

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Sentiasa gunakan air secara berhemat.