BEKALAN AIR STABIL DI LEBIH 80 PERATUS KAWASAN DI TUJUH WILAYAH

9 DISEMBER 2020, 1:00 tengah hari

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.

 

Sehingga jam 12:00 tengah hari tadi, bekalan air telah stabil di 731 (84.9%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Usaha menstabilkan agihan bekalan air terus giat dilakukan bagi memastikan 130 kawasan yang masih lagi terjejas mendapat bekalan air. Senarai kawasan yang masih terjejas adalah seperti di Lampiran A. 

 

Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

100%

Klang/ Shah Alam

74.9%

Gombak

70%

Kuala Lumpur

100%

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

80%

Kuala Selangor

 100%

 

Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi tejejas. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.

 

Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. 

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A