BEKALAN AIR STABIL SEPENUHNYA DI WILAYAH PETALING, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR DAN KUALA SELANGOR

9 DISEMBER 2020, 7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.

 

Sehingga jam 6:00 petang tadi, bekalan air telah stabil di 805 (93.5%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Usaha menstabilkan agihan bekalan air terus giat dilakukan bagi memastikan 56 kawasan yang masih lagi terjejas di Wilayah Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat mendapat bekalan air. Senarai kawasan yang masih terjejas adalah seperti di Lampiran A.

 

Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

100%

Klang/ Shah Alam

91.6%

Gombak

85.6%

Kuala Lumpur

100%

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

90%

Kuala Selangor

 100%

 

Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi tejejas. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.

 

Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.   

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM STABIL DI WILAYAH PETALING, KLANG, SHAH ALAM, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR DAN KUALA LANGAT BERIKUTAN PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR PADA 8 DISEMBER 2020

WILAYAH KLANG

Jalan Raja Nong

Pulau Ketam

Taman Sentosa

Kampung Pulau Indah

Taman Samudera

Taman Sri Andalas

Perindustrian Pulau Indah Fasa 2

 

 

 

WILAYAH SHAH ALAM

Seksyen 16 & Padang Jawa

Seksyen 19

Seksyen 24

Seksyen 17

Seksyen 20

Seksyen 25

Seksyen 18

Seksyen 22

 

 

WILAYAH GOMBAK

Ampang Avenue

Taman Andaman Ukay

Taman Kesuma

Apartment Mesra Prima

Taman Bandar Baru Ampang

Taman Permai Jaya Ampang

Apartment Mesra Ria

Taman Bukit Ampang

Taman Permai Villa

Apartment Mesra Villa

Taman Cahaya Indah

Taman Sri Ampang

Apartment Sri Nilam

Taman Dagang Permai

Taman Sri Bayu

Bukit Mulia

Taman Desa Pendidik

Taman Sri Merdeka

Kampung Ampang Campuran

Taman Fairuza Ampang

Taman Sri Raya

Kampung Ampang Indah

Taman Halaman

Taman Sri Watan

Kampung Indah Permai

Taman Kelab Ukay

Taman Tasek Tambahan

Kampung Muhibbah

Taman Keramat AU1

Tinjani Ukay

Kampung Sungai Sering

Taman Keramat AU2

Ukay Seraya

Kampung Tasek Permai

Taman Keramat AU3

Ukay Tropika

Sering Ukay

Taman Keramat AU4

 

Taman Ampang Mewah

Taman Keramat AU5

 

 

 

WILAYAH KUALA LANGAT

Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kampung Medan