Insiden Paip Pecah di Seksyen 24 Shah Alam

 
13 DISEMBER 2020, 8:00 Malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan kejadian paip pecah yang telah berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam pada 13 Disember 2020.

Justeru itu, bekalan air akan ditutup pada jam 10:30 malam, 13 Disember 2020 bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan dijangka siap pada jam 8:00 pagi, 14 Disember 2020.

Enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam. Sementara itu, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. 

Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 14 Disember 2020. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat mengikut jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air mula disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.  

-TAMAT-