INSIDEN PAIP PECAH DI TAMAN SERI ANDALAS, KLANG

20 DISEMBER 2020, 8:00 MALAM

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kejadian paip pecah telah berlaku di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang pada hari ini, 20 Disember 2020.

 

Justeru itu, bekalan air akan ditutup pada jam 8:30 malam, 20 Disember 2020 bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan 12 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Kawasan-kawasan berikut adalah di Taman Sentosa, Jalan Raja Nong, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan Sg Jati, Jalan Temenggong, Jalan Laksamana, Taman Bijaya, Taman Rakyat, Jalan Seri Sarawak, Bandar Puteri dan Bandar Putera 2, Klang.

 

Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap dilaksanakan pada jam 7:00 pagi, 21 Disember 2020. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5:00 petang, 21 Disember 2020.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

-TAMAT-