14 OKTOBER 2020 , 9.00 Malam
Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu kejadian paip pecah telah berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang.
Berikutan kejadian paip pecah ini, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut, yang dijangka akan siap pada jam 9:30 pagi, 15 Oktober 2020.
Justeru itu, sebanyak 15 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti berikut:
Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 15 Oktober 2020. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
-TAMAT-