KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP PECAH BERPUNCA DARI PIHAK KETIGA DI TAMAN SUNGAI SERING, CHERAS GIAT DIJALANKAN [8 Jan 2021, 7PM]

8 JANUARI 2021, 7:00 Malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah yang berpunca daripada pihak ketiga di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras sedang giat dijalankan. Setakat jam 6:00 petang tadi, kerja-kerja pembaikan ini telah siap 38% dan dijangka akan  siap  sepenuhnya  pada  jam  3:00 pagi, 9 Januari 2021. Bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerja-kerja ini menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 121 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat. Senarai kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini boleh dirujuk pada Lampiran A.

Air Selangor telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

LAMPIRAN A

 

SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP PECAH DI CHERAS – 8 JANUARI 2021
 

WILAYAH KUALA LUMPUR

Angsana Hilir

Jln Maharaja Lela

Sebahagian Bandar Tasik Permaisuri

Bandar Tun Razak

Jln Merlimau, Pudu

Sebahagian Jln Ampang dari Persimpangan Jln Ampang & Jln Tun Razak sehingga MRR2

Bayu Segar

Jln Nilam, Pudu

Sebahagian Jln Cheras dari Persimpangan Jln Pudu hingga Bulatan MRR2

Bukit Segar

Jln Nipah

Sebahagian Jln Tun Razak daripada Persimpangan Ampang Park hingga Persimpangan Jln Pudu

Chan Sow Lin

Jln Pauh, Pudu

Sebahagian Pudu

Dataran F&N

Jln Peel

Sierra Seputeh

Desa Pahlawan

Jln Ritchie

Stor Istiadat JKR

Desa Tun Razak

Jln Robson

Stor Wilayah KL Air Selangor

Excella Business Park

Jln San Peng, Pudu

Tmn Alam Jaya

Gapena

Jln Sg Besi

Tmn Bkt Seputeh

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri

Jln Talalla, Kampung Attap

Tmn Cheras Awana

Jln & Lorong Ampang Ulu

Jln Tepian Loke Yew, Pudu

Tmn Cheras Permata

Jln & Persiaran Syed Putra

Jln Wisma Putra, Kampung Attap

Tmn Cheras Zen

Jln Ampang 2

Jln. Lrg & Psn Jublee, Pudu

Tmn Cirrus Taynton

Jln Ampang Kiri

Kem FRU

Tmn Cuepacs

Jln Baiduri, Pudu

Kem PGA

Tmn Emas Cheras

Jln Belfield, Kampung Attap

Kg Bellamy, Bukit Petaling

Tmn Fern Grove

Jln Bellamy, Bukit Petaling

Kg Pandan

Tmn Gemilang

Jln Berembang

Kg Pandan Dalam

Tmn Hijauan Residen

Jln Bukit Petaling, Bukit Petaling

Kg Pandan Luar

Tmn Ikan Emas

Jln Cheras Bt 7 – Bt 9

Kg Perwira Jaya

Tmn Jaya

Jln Chin Chin, Pudu

KL Sentral

Tmn Koperasi Cuepacs

Jln Choo Cheng Kay, Kampung Attap

Kuarters JKR Salak Selatan

Tmn Masria

Jln Cochrane

Lorong 4, Ampang Hilir

Tmn Miharja

Jln Dewan Bahasa, Bukit Petaling

Lorong Ampang 2

Tmn Mudun

Jln Gajus, Pudu

Lorong Delapan, Kg Pandan

Tmn Mulia

Jln Gandek, Pudu

Lorong Meranti, Pudu

Tmn Mutiara Barat

Jln Gelugor, Pudu

Lorong Merbau, Pudu

Tmn Persiaran Desa

Jln Hilir 1 - 5 (Angsana Hilir)

Masera Bukit Segar

Tmn Segar

Jln Jelatek

Pandan Prima

Tmn Seputeh

Jln Kenanga, Pudu

Pejabat Operasi Air Selangor

Tmn Seputeh Height

Jln Kerayong, Bukit Petaling

Pejabat Operasi JKR

Tmn Sunway Cheras

Jln Kuda Lari

Pinggiran Bukir Segar

Tmn Taynton View

Jln Langgak Golf

Razak Mansion

Tmn Tenaga

Jln Lapangan Terbang Lama

Robson Height

Tmn Wangsa Cheras

Jln Loke Yew

Salak Selatan

TUDM Sg Besi


 

WILAYAH PETALING

Perumahan Polis Taman Desa Tasek Sungai Besi

Masjid Al Muqarabbin Desa Tasek

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Desa Tasek

Desa Tasek

Kondominium Midfield Jalan Sungai Besi

Perumahan Tentera Jalan Labuan, Bandar Tasek Selatan

Kondominium Midfield Tasek Height Jalan 30/146, Desa Tasek

 

 

WILAYAH HULU LANGAT

Taman Sri Mujur

Taman Suntex

Taman Cheras Permai

Taman Sg Sering

Taman Orkid

You Vista