KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI SEKSYEN 24 SHAH ALAM SIAP DILAKSANAKAN

14 DISEMBER 2020, 8:00 PAGI

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam pada 13 Disember 2020, telah siap dilaksanakan pada jam 6:00 pagi tadi.

Justeru itu, bekalan air ke kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang terlibat, iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 telah mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 6:50 pagi tadi.

Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di enam kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, hari ini.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

- TAMAT -