NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH SEPANG DAN DAN KUALA LANGAT

14 OKTOBER 2020

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan akan dilaksanakan di persimpangan di antara Jalan Indah 1 dan Jalan B48, Taman Desa Indah, pada 20 Oktober 2020 bermula jam 9:00 malam. Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

Berikutan kerja penggantian injap pada paip bekalan air ini, sebanyak 27 kawasan di Wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 malam, 20 Oktober 2020 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 21 Oktober 2020. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak lokasi  premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Penambahbaikan infrastruktur sistem agihan bekalan air ini adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan tahap perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

 

 

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

 

WILAYAH KUALA LANGAT

Kampung Kundang

Kuarters Estate Gadong

Kampung Batu Untung

Tanjung Sepat New Village

Kampung Batu Laut

Taman Batu Untung

Taman Pelangi

Ladang Batu

Taman Tanjung

Taman Tanjung Sepat Indah

Kampung Orang Asli Tanjung Sepat

Taman Mutiara

Ladang Bedford

Kampung Tanjung Sepat Darat

Kampung Tumbuk

Kampung Tanjung Layang

Berek Polis Tanjung Sepat

Taman Kanchong Laut

 

 

 

WILAYAH SEPANG

Kampung Bukit Bangkong

Kampung Hulu Teris

Kampung Ulu Chuchoh

Kampung Orang Asli Bukit Bangkong

Tanjung Rhu

Pekan Sungai Pelek

Kem PKLS Hazliza Ulu Teris

Taman Seri Sungai Pelek

Kampung Baru Sungai Pelek