NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGALIHAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP BAHARU DI WILAYAH SHAH ALAM YANG AKAN MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL MULAI 12 JANUARI 2021

6 JANUARI 2021

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam akan dilaksanakan bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021. Berikutan kerja pengalihan dan penyambungan paip ini, sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, 4 kawasan di Wilayah Klang dan 10 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 14 Januari 2021. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A

 

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

Pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

WILAYAH SHAH ALAM

BANDAR PUTRA HEIGHTS

PINGGIRAN SUBANG USJ 3

SEKSYEN 32

BUKIT NAGA DAN SEKSYEN 34

SEKSYEN 22

SEKSYEN 33

BULATAN BATU 4-8 JALAN BUKIT KEMUNING

SEKSYEN 26

TAMAN AMG BATU 5 BUKIT KEMUNING

DESA LATANIA (SEKSYEN 36)

SEKSYEN 27

TAMAN BUKIT RIMAU

JALAN BUKIT RIMAU

SEKSYEN 28

TAMAN DESA KEMUNING

KAMPUNG BUKIT LANCHONG

SEKSYEN 29

TAMAN KANDIS PERMAI

KAMPUNG KEBUN BUNGA DAN BATU TIGA

SEKSYEN 30

TAMAN SUBANG MAS DAN SUBANG HITECH

KAMPUNG SUNGAI KANDIS

-

-

 

 

WILAYAH KLANG

BANDAR PUTERA

KAMPUNG JAWA

TAMAN MAZNAH

JALAN SAMARINDA (TAMAN MESRA INDAH)

-

-

 

 

WILAYAH PETALING

PINGGIRAN USJ 1

TAMAN PERINDUSTRIAN SIME UEP 7 (TP 7)

USJ 3 C

PINGGIRAN USJ 2

USJ 3 A

USJ 3 D

PINGGIRAN USJ 3

USJ 3 B

USJ HEIGHT

SUBANG HEIGHT

-

-