NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PEMASANGAN INJAP BAHARU DI WILAYAH SABAK BERNAM YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA ENAM BELAS JAM PADA 16 DISEMBER 2020 (11 Dis 2020)

11 DISEMBER 2020

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja penggantian enam (6) unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu (1) injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang akan bermula jam 10:00 pagi, 16 Disember 2020. Berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap ini, sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 10:00 pagi, 16 Disember 2020 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 2:00 pagi, 17 Disember 2020. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A. 

 

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi  premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

Pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

SENARAI 38 KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL

PADA 16 & 17 DISEMBER 2020

 

WILAYAH SABAK BERNAM

Bagan BNO, Teluk Rhu, Jalan Semenanjung Bernam 3, Jalan Sri Jaya

Jalan Taman Pusara, Jalan Lama Panchang Bedena

Seluruh Pekan Sekinchan, Site B

Bagan Sekinchan, Pantai Redang, Kampung Seri Sentosa, Kampung Penerangan

JPJ Sabak Bernam, Taman Air Manis, Kampung Sekendi

Simpang Lima Hala Laut, Peket 20 - Peket 100 Hala Laut, Jalan Sri Aman

Bagan Sungai Besar, Kampung Nelayan, Taman Seri

Parit 1 1/2 - Parit 12 Timur, Parit 2 - Parit 6 Sawah

Site A Dan Parit 4- Parit 5 Sekinchan

Bagan Terap, Tok Khalifah, Lubuk Pusing

Parit 1- 4 Sungai Haji Dorani, Parit 5- 13 Gambut

Site C, Taman Aman, Taman Aman Jaya, Parit 6

Balai Bomba Sekinchan, Parit 5- Parit 7 Sungai Leman Sawah

Parit 1 Timur, Jalan Pegawai, Pejabat Daerah, Sungai Limau

Sungai Air Tawar, Kampung Perenggan, Kampung Dato Hormat, Kampung Rajah

Balai Polis Sabak, Taman Mutiara, Kampung Haji Mahmudin, Jalan Stoner

Parit 11 Sungai Nibong - Parit 9 Pasir Panjang Hala Sawah

Sungai Haji Dorani, Jalan Rashidin, Jalah Pekan Selasa Lama

Batu 4 Sepintas, Jalan Sekolah Sepitas, Tanjung Ketum

Parit 13 - Parit 17 Sungai Panjang (Kiri), Belia 1, Parit 18 Tanjung Medan

Taman Bakti, Tebuk Haji Yusuf, Tebuk Haji Sidek, Taman Bayu, Taman Setia Jaya

Bno, Sungai Tengar, Jalan Maarof, Jalan Sireng,

Parit 14, Parit 15, Hala Cara Baru, Jalan Seri Gambut, Belia 2

Taman Harmoni, Taman Ria, Sungai Labu

Batu 23 Sungai Nibong, Parit 11 - Tali Air 9 Pasir Panjang Hala Laut

Parit 7 Sungai Leman - Parit 9 Pasir Panjang Hala Laut

Taman Muhibbah, Taman Pertama, Taman Serendah

Jalan Anggerik, Jalan Bunga Raya, Taman Ehsan

Parit Baru, Jalan Peladang, Jalan Masduki, Jalan Nawam, Jalan Bahagia

Taman Perdana, Taman Padu Permai, Jalan Matang

Jalan Kalabakan, Jalan Haji Harun, Batu 2 Sepintas

Pekan Sabak, Batu 38-40, Kampung Baru, Tanjung Jawa, Jalan Taman

Taman Seri Indah, Taman Cahaya, Taman Bedena Jaya

Jalan Sekendi, Taman Sri Bedena, Sungi Lias

Peket 20 - Peket 100, Parit 13- Parit 12 Sungai Nibong Hala Sawah

Tebuk Jawa, Kampung Perenggan, Taman BNO, Tebuk Mufrad, Banting

Jalan Taiban, Pekan Sungai Besar, Jalan Menteri, Jalan Mahsuri, SBBC

Pusat Pertumbuhan Sungai Lang, Tebuk Rukun, Tebuk Pekan, Jalan Masjid

-