PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM [29 Dis 2020, 10:00 pagi]

29 Disember 2020, 10:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berlaku kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada  jam 1:00 petang, 29 Disember 2020. Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling. Sila rujuk Lampiran A bagi kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 9.00 malam pada hari yang sama, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

 

Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A

SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH – 29 DISEMBER 2020

WILAYAH PETALING

Bandar Kinrara

SS12

Taman Puchong Permai

Bandar Puchong Jaya

SS13

Taman Puncak Kinrara

Glenmarie

SS14

Taman Tasik Prima

Hicom Glenmarie

SS15

Taman Tenaga

Hyatt Saujana

SS16

Tudm Kinrara

Jalan Puchong Batu 7

SS17

USJ 2/3

Jalan Puchong Batu 8

SS18

USJ 2/5C

Jalan Puchong Batu 9

SS19

USJ 2/6

Jalan Puchong Batu 10

Taman Alam Sutera

USJ 2/6A

Jalan Puchong Batu 11

Taman Amansari

USJ 2/6B

Jalan Puchong Batu 12

Taman Bukit Kuchai

USJ 2/7

Jalan Puchong Batu 13

Taman Damai Utama

USJ 3/1

Jalan Subang Airport

Taman Impian Indah

USJ 3/1D

Kampung Bohol

Taman Kandan Baru

USJ 3/1E

Kampung Lembah Kinrara

Taman Kasawari

USJ 3/1F

Kampung Pasir Batu 14 Jalan Puchong

Taman Kinrara

USJ 3/1G

Kampung Tengah Puchong

Taman Lake Edge

USJ 3/1H

Lembah Subang PJU 1A

Taman LTAT

USJ 3/2

One Puchong

Taman Maju Jaya

USJ 3/2A

PPR Pinggiran Bukit Jalil

Taman Metro Puchong

USJ 3/2B

Puchong Mesra

Taman Mutiara Bukit Jalil

USJ 3/2C

Pusat Bandar Puchong

Taman Perindustrian Puchong Utama

USJ 3/2D

Sirim

Taman Puchong Indah

USJ 3/2J

SS 7

Taman Puchong Perdana

Zero Lot Temasya Glenmarie

 

 

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

Bandar Putera 2

Kampung Kastam

Taman Bayu Tinggi

Bandar Puteri

Ken Rimba

Taman Berembang

Batu Tiga

Kg Jawa

Taman Bijaya Kg. Jawa

Bukit Kuda & Jalan Batu 3 Lama

Kg. Pendamar

Taman Chi Liung

Jalan Dato' Hamzah

Kota Pendamar

Taman Desawan

Jalan Istana

Lorong Tingkat & Rembau

Taman Gembira

Jalan Kota

Pandamaran

Taman Intan

Jalan Kota Raja

Persiaran Raja Muda Musa

Taman Klang Jaya

Jalan Padang

Seksyen 15

Taman Palm Groove

Jalan Raja Lumu

Seksyen 16 & Padang Jawa

Taman Pendamar Indah

Jalan Raya Barat

Seksyen 17

Taman Selatan

Jalan Raya Timur

Seksyen 18

Taman Sentosa

Jalan Stesen & Solok Besar

Seksyen 19

Taman Sri Andalas

Jalan Tengku Badar

Seksyen 20

Taman Summit

Jalan Tengku Diauddin

Seksyen 23

Taman Suria Pendamar

Jalan Tengku Kelana

Seksyen 24

Teluk Pulai

Jalan Tepi Sungai

Seksyen 25

Tmn Petaling Indah

Jln Kem

Subang Height

Tmn Radzi Teluk Gadong Besar

Jln Raja Nong

Subang Hitech

-

Johan Setia

Taman Bayu Perdana

-