PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PEMASANGAN INJAP BAHARU DI WILAYAH SABAK BERNAM YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA ENAM BELAS JAM

16 DISEMBER 2020, 10:30 PAGI

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian enam (6) unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu (1) injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang telah dimulakan pada jam 10:00 pagi tadi seperti yang dijadualkan.

Kerja-kerja penggantian injap dijangka akan siap dilaksanakan pada jam 8:00 malam hari ini. Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan, dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 2:00 pagi, 17 Disember 2020.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-