PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR

5 SEPTEMBER 2020, 1:00 Tengah hari

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 12 tengah hari, hari ini. Sebanyak empat wilayah telah mula menerima bekalan dan pelan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:

BIL.

WILAYAH

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

05 September 2020
(Jam 1200)
-
07 September 2020
(Jam 0000)

07 September 2020
(Jam 0000)
-
08 September 2020
(Jam 0000)

08 September 2020
(Jam 0000)
-
09 September 2020
(Jam 0600)

1

Petaling

9

230

65

2

Klang

57

85

35

3

Gombak

195

64

15

4

Kuala Lumpur

125

82

40

5

Hulu Selangor

17

0

0

6

Kuala Langat

4

4

0

7

Kuala Selangor

260

4

1

JUMLAH KAWASAN PULIH

667

469

156

PERATUS ANGGARAN PEMULIHAN

51.6%

36.3%

12.1%

 

Manakala, pelan pemulihan bekalan air mengikut kawasan adalah seperti di Lampiran A.

Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas. Air Selangor menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 9 September 2020.

Oleh itu, Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Pengguna boleh mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam untuk kemudahan pengguna yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.

Air Selangor menasihatkan para pengguna mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa mengambil bekalan air di Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan Pili Air Awam. Pengguna yang datang untuk mengambil air digalakkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika beratur.

Air Selangor akan mengemaskini maklumat pemulihan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

-TAMAT-

Lampiran A