STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR (7 September 2020, 1:00 petang)

7 September 2020, 1:00 petang

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September 2020.

 

Sehingga jam 12:30 tengah hari ini, sebanyak 973 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 319 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan. Secara keseluruhan, 75.31% daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

 

Dalam pada itu, terdapat 55 kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan kumpulan 1 yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12:00 tengah malam, 7 September 2020. Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini. Senarai kawasan 1 yang belum pulih seperti di Lampiran 1.

 

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut :

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

92.43%

Klang/Shah Alam

38.42%

Gombak

76.64%

Kuala Lumpur

52.63%

Hulu Selangor

100%

Kuala Langat

50%

Kuala Selangor

99.25%

 

Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran 2.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

 

Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran - saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini.

 

Para pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air. Pihak kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarkan mesej tidak sahih tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain.  

 

LAMPIRAN 1 & 2

Peta kawasan yang telah pulih & kawasan yang masih terjejas