STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR (7 September 2020 7:00 malam)

7 September 2020 7:00 malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September 2020.

 

Sehingga jam 6:30 petang hari ini, sebanyak 1,045 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 247 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan. Secara keseluruhan, 80.88% daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

 

Sebanyak 24 kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan kumpulan 1 yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12:00 tengah malam, 7 September 2020. Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini. Senarai kawasan 1 yang belum pulih seperti di Lampiran 1.

 

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut :

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

92.43 %

Klang/Shah Alam

39.55 %

Gombak

84.67 %

Kuala Lumpur

70.85 %

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

75 %

Kuala Selangor

99.62 %

 

Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran 2.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

 

 

 

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran - saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain.           

 

Para pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.  

 

Lampiran 1 & Lampiran 2