STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR (8 September 2020, 1:00 petang)

8 September 2020, 1:00 petang

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September 2020.

 

Semua kawasan kawasan terlibat di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.

 

Sehingga jam 12:30 tengah hari ini, sebanyak 65 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di 4 lagi wilayah iaitu Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur.

 

Secara keseluruhannya, sejumlah 1,227 kawasan telah pulih sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 94.97%.

 

Sebanyak 1 kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan kumpulan 1 yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12:00 tengah malam, 7 September 2020. Manakala, 13 kawasan yang berada dalam Kumpulan 2 juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12:00 tengah malam, 8 September 2020. Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini. Senarai kawasan 1 dan 2 yang belum pulih seperti di Lampiran 1.

 

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

97.37

Klang/Shah Alam

80.79

Gombak

98.18

Kuala Lumpur

92.71

Hulu Selangor

100

Kuala Langat

100

Kuala Selangor

100

 

 

 

Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran 2.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran - saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain.            

 

Para pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.                  

 

LAMPIRAN 1 & 2

Peta kawasan yang telah pulih & kawasan yang masih terjejas