STATUS PEMULIHAN KAWASAN DI WILAYAH PETALING DAN KLANG/SHAH ALAM BERIKUTAN INSIDEN PAIP UTAMA PECAH DI SEKSYEN 15, SHAH ALAM [30 Dis 2020, 8AM]

30 Disember 2020, 8:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status pemulihan terkini berhubung kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam.

Sehingga jam 7.00 pagi ini, kesemua 72 kawasan di Wilayah Petaling telah menerima bekalan air dan pulih sepenuhnya. Manakala,  84% dari 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam pula telah pulih. Sembilan lagi kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam yang belum pulih adalah Jalan Raja Lumu, Jalan Kem, Kampung Kastam, Kampung Pendamar, Pandamaran, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Berembang, Taman Pendamar Indah dan Taman Suria Pendamar. Kesemua kawasan ini akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, hari ini.

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –