STATUS TERKINI HENTI TUGAS SEPARA LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 BERIKUTAN INSIDEN PAIP AIR TERAWAT PECAH

SIARAN MEDIA – SEGERA

18 Oktober 2020, 8:30 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap sepenuhnya pada jam 8.00 pagi ini.

 

Berikutan itu, loji rawatan air SSP1 telah memulakan operasi secara maksimum bagi memenuhi sistem utama bekalan air. Bekalan air ini kemudiannya akan disalurkan secara berperingkat-peringkat ke 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor, yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini bermula jam 2.00 petang, 18 Oktober 2020.

 

Dalam pada itu, Air Selangor telah meningkatkan penyaluran air terawat daripada beberapa LRA lain, termasuk LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Wangsa Maju, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Nenas bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor juga telah menggerakkan sebanyak 84 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan di kawasan-kawasan terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam yang disediakan untuk kemudahan pengguna yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air di pili-pili awam ini. Senarai pili-pili awam yang dibuka adalah seperti di Lampiran A.

 

Air Selangor akan memaklumkan pelan pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.       

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A

SENARAI PILI AWAM YANG DISEDIAKAN MENGIKUT WILAYAH:

 

PETALING

Berhampiran McDonald’s Denai Alam

Koordinat: 3.159927,101.512663

Berhampiran Stesen Minyak BHP Jalan Subang Airport

Koordinat: 3.114114,101.567876

Persiaran Golf Saujana, Saujana Hyatt

Koordinat: 3.102335,101.583155

Berhampiran Taman Permainan, Jalan 14/28

Koordinat: 3.110388,101.634245

 

KLANG

Persiaran Setia Murni

Koordinat: 3.111362,101.450376

Depan Masjid Ar Rahimiah Andalas

Koordinat: 3.021248,101.442858

Persiaran Astana, Bukit Raja

Koordinat: 3.087969, 101.445781

 

GOMBAK

Lembah Jaya Selatan

Koordinat: 3.139853,101.783995

AU3 Keramat

Koordinat: 3.179890,101.753372

 

KUALA LUMPUR

Berhampiran Kuarters JKR Sg besi

Koordinat: 3.103895, 101.686275

Jln Berjasa

Koordinat: 3.153137, 101.686275

Berhampiran Sri Perdana, Jln Damansara

Koordinat: 3.1742323, 101.6792684

IKIM

Koordinat: 3.176210, 101.678507

 

HULU SELANGOR

Kg Kenanga berhampiran Ambank Rawang

Koordinat: 3.314084, 101.578828

Berhadapan Pejabat Penghulu Taman Jati Rawang

Koordinat: 3.305739,101.5847109