STATUS TERKINI INSIDEN PAIP PECAH DISEBABKAN PIHAK KETIGA YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT

16 Oktober 2020, 9:30 Malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen Seksyen U11, Shah Alam telah siap sepenuhnya dan sejam lebih awal dari yang dijadualkan iaitu pada jam 9:00 malam, hari ini.

 

Bekalan air telah mula disalurkan dan pemulihan bekalan air ke 59 kawasan terjejas adalah secara berperingkat-peringkat mengikut jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Bekalan air di kawasan terlibat dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 pagi, 17 Oktober 2020.

 

Air Selangor akan memaklumkan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.  

                   

 

 

- TAMAT –