STATUS TERKINI KAWASAN-KAWASAN YANG BELUM MENERIMA BEKALAN AIR DI 7 WILAYAH YANG TERJEJAS (9 DISEMBER 2020, 7:00 pagi)

9 DISEMBER 2020, 7:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.

 

Sehingga jam 6:00 pagi ini, bekalan air telah stabil di 664 (77%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Air Selangor juga sedang berusaha untuk menstabilkan agihan bekalan air di 197 kawasan yang masih lagi terjejas. Senarai kawasan ini adalah seperti di Lampiran A.

 

Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

99%

Klang/ Shah Alam

61.8%

Gombak

61.7%

Kuala Lumpur

95.5%

Hulu Selangor

 82.6%

Kuala Langat

 50%

Kuala Selangor

 100%

 

Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi tejejas. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.

 

Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

– TAMAT –

LAMPIRAN A