STATUS TERKINI KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PEMASANGAN INJAP BAHARU DI WILAYAH SABAK BERNAM

16 DISEMBER 2020, 4:00 PETANG

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Sehingga jam 4.00 petang ini, pelaksanaan kerja-kerja tersebut telah mencapai tahap 65% dan dijangka akan siap dilaksanakan pada jam 8:00 malam hari ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini kerja-kerja berjadual ini dari semasa ke semasa. Pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

  

 

- TAMAT –