STATUS TERKINI PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA AGIHAN BEKALAN AIR DI PEKAN SEPANG LAMA

25 November 2020, 7:00 pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama telah siap dilaksanakan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 3:00 pagi, hari ini.

Justeru itu, para pengguna telah mula menerima bekalan air bermula jam 5:00 pagi tadi dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kesemua 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 25 November 2020.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-