STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, GOMBAK, KLANG/SHAH ALAM, KUALA LUMPUR DAN HULU SELANGOR

SIARAN MEDIA – SEGERA

18 Oktober 2020, 7:30 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) berikutan kerja-kerja pembaikan paip air terawat yang pecah pada 17 Oktober 2020.

 

Sehingga jam 7:00 malam hari ini, sejumlah 311 (45%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 686 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 375 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan.

 

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

28%

Klang/ Shah Alam

41%

Gombak

94%

Kuala Lumpur

0%

Hulu Selangor

6%

 

Senarai kawasan yang telah pulih adalah seperti di Lampiran A.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan atau menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air.

 

Dalam pada itu, Air Selangor terus menggerakkan sebanyak 90 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam yang disediakan untuk kemudahan pengguna semasa tempoh pemulihan bekalan air. Sila rujuk senarai pili-pili awam di laman sesawang www.airselangor.com. Para pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki dan di pili-pili awam.

 

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.           

 

– TAMAT –

 

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Lampiran A