STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR (21 Oktober 2020, 1:00PM)

SIARAN MEDIA – SEGERA

21 Oktober 2020, 1:00 tengah hari

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran pada 19 Oktober 2020.

 

Sehingga jam 12:00 tengah hari hari ini, bekalan air telah pulih sepenuhnya di wilayah Hulu Selangor. Ini menjadikan sejumlah 1,162 (90%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 130 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

98 %

Klang/ Shah Alam

70 %

Gombak

78 %

Kuala Lumpur

97 %

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

50 %

Kuala Selangor

99.6 %

 

Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

 

Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan. Air Selangor berharap para pengguna menggunakan bekalan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Air bersih ini telah melalui ujian kualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pematuhan tersebut telah disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 

Bantuan bekalan alternatif di pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.               

 

 

 

– TAMAT –

 

 

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

 

Lampiran A – Senarai Kawasan Yang Belum Pulih
 

PETALING

KLGCC

PJU 1A, Ara Damansara (Kolam Air Ara Damansara)

Taman Bukit Subang

 

KLANG / SHAH ALAM

Ambang Botanik

Kg Lombong

Seksyen 7

Bandar Botanik

Kg Pendamar

Seluruh Bandar Baru Bukit Raja

Bandar Bukit Tinggi 1

Laguna Park

Seluruh Kapar

Bandar Bukit Tinggi 2

Pandamaran

Seluruh Perepat

Bandar Parkland

Perindustrian Pulau Indah Fasa 1

Seluruh Sementa

Berjaya Park

Perindustrian Pulau Indah Fasa 2

Sg Sireh

Bukit Kapar

PKFZ

Sungai Puloh

Bukit Kerayong

Pulau Ketam

Taman Bayu Mas

Jalan Kapar Bt 1 - 5

Seksyen 19

Taman Bijaya Kg. Jawa

Jalan Kebun

Seksyen 20

Taman Bukit Rimau

Jalan Samarinda (Taman Mesra Indah)

Seksyen 23

Taman Samudera

Jalan Bukit Rimau

Seksyen 24

Taman Sentosa

Jalan Raja Nong

Seksyen 25

Taman Sri Andalas

Kg Bukit Cerakah

Seksyen 26

Taman Subang Mas

Kg Pulau Indah

Seksyen 27

Taman Suria Pendamar

Kg Teluk Gong

Seksyen 28

Taman Radzi Teluk Gadong Besar

Kg Bukit Lanchong

Seksyen 29

Westport

Kg Keretapi

Seksyen 30

-

 

GOMBAK

Ampang Avenue

Riana Ukay

Taman Keramat AU4

Ampang Jaya

Riverdale Apartment Bukit Antarabangsa

Taman Keramat AU5

Ampang Utama

Sierra Ukay

Taman Kesuma

Ampang Waterfront

Tinjani Ukay

Taman Permai Jaya Ampang

Apartment Mesra Prima

Taman Ampang Mewah

Taman Permai Villa

Apartment Mesra Villa

Taman Bdr Baru Ampang

Taman Perwira Ampang

Apartment Sri Nilam

Taman Bukit Ampang

Taman Sri Ampang

Bukit Antarabangsa

Taman Bukit Jaya

Taman Sri Bayu

Bukit Mewah

Taman Bukit Utama & Puncak Bukit Utama

Taman Sri Merdeka

Bukit Mulia

Taman Cahaya Indah

Taman Sri Raya

Hillside Estate

Taman Dagang Permai

Taman Sri Watan

Kepong Baru (Jalan Lang)

Taman Dato Ahmad Razali

Taman TAR

Kg Ampang Campuran

Taman Fairuza Ampang

Taman Tasek Tambahan

Kg Ampang Indah

Taman Grandview Ampang

Taman Ukay Heights

Kg Baru Ampang

Taman Halaman

Taman Ukay Indah

Kg Indah Permai

Taman Hijau

Taman Ukay Perdana

Kg Melayu Ampang

Taman Kelab Ukay

Taman Wangsa Ukay

Kg Muhibbah

Taman Keramat AU1

Ukay Seraya

Kg Tasek Permai

Taman Keramat AU2

Ukay Tropika

Mesra Ria Apartment

Taman Keramat AU3

-

 

KUALA LUMPUR

Bangsar

Jalan Dutamas Raya

Taman Bukit Sri Bintang

Bukit Damansara

Medan Damansara

Taman Sri Bintang

Dutamas

Segambut

-

 

KUALA LANGAT

Batu 7 hingga Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kg Medan

Batu 9 Kebun Baru

Eco Sanctuary

Tropicana Aman

 

KUALA SELANGOR

Bukit Kerayong

Peta Kawasan Pelan Pemulihan