STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR

SIARAN MEDIA – SEGERA

21 Oktober 2020, 7:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran pada 19 Oktober 2020.

 

Air Selangor telah memaksimakan usaha untuk memulihkan bekalan air kepada pengguna-pengguna terjejas. Berikutan itu, masa pemulihan sepenuhnya yang baharu untuk kesemua kawasan yang terjejas adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 22 Oktober 2020.

 

Sehingga jam 6:00 pagi hari ini, sejumlah 1,077 (83%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 215 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

94 %

Klang/ Shah Alam

54 %

Gombak

71 %

Kuala Lumpur

89 %

Hulu Selangor

100 %

Kuala Langat

50 %

Kuala Selangor

99 %

 

Senarai kawasan yang belum pulih mengikut pelah pemulihan yang baharu ini adalah seperti di Lampiran A.

 

Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan. Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Air bersih ini telah melalui ujian kualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pematuhan tersebut telah disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 

Bantuan bekalan alternatif di pili—pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.               

 

 

– TAMAT –

 

 

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

 

 

 

 

Lampiran A – Senarai Kawasan Yang Belum Pulih
 

PETALING

Bandar Puchong Jaya

SS18

SS5

Kg Bukit Lanjan

SS2

SS6

Kg Sg Penchala

SS2 (Jalan SS2/2 sehingga SS2/25)

SS9A

KLGCC

SS2 (Jalan SS2/2, SS2/24, SS2/72 sehingga SS2/107, SS2/113

Subang Height

Pinggiran TTDI

SS3

Taman Bukit Subang

PJU 1A, Ara Damansara (Kolam Air Ara Damansara)

SS4

UM

 

KLANG / SHAH ALAM

Aman Perdana

Kg Raja Uda

Seluruh Bandar Bukit Raja

Ambang Botanik

Kg Teluk Gong

Seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas

Armada Putera

Kg Bukit Lanchong

Seluruh Kapar

Bandar Botanik

Kg Keretapi

Seluruh Kaw. Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman

Bandar Bukit Tinggi 1

Kg Lombong

Seluruh Perepat

Bandar Bukit Tinggi 2

Kg Sg Kandis

Seluruh Sementa

Bandar Parkland

Kg Pendamar

Seluruh Sg Putus

Bandar Putra Heights

Laguna Park

Sepanjang Jalan Goh Hock Huat

Berjaya Park

Pandamaran

Sg Sireh

Bkt Kemuning (Seksyen 23)

Pangsapuri Sri Perantau

Sungai Puloh

Bukit Naga

Perindustrian Pulau Indah Fasa 1

Taman AMG Batu 5 Bukit Kemuning

Bukit Kapar

Perindustrian Pulau Indah Fasa 2

Taman Bayu Mas

Bukit Kerayong

Perumahan Bdr Sultan Sulaiman Fasa 1

Seksyen 31

Bulatan Batu 4 – 8 Jln Bukit Kemuning

Perumahan Bdr Sultan Sulaiman Fasa 2

Taman Bayu Perdana

Desa Latania (Seksyen 36)

Perumahan Bdr Sultan Sulaiman Fasa 3

Taman Bijaya Kg Jawa

Glenn Cruise

PKFZ

Taman Bukit Rimau

Jalan Kapar Batu 1 – 5

Pulau Ketam

Taman Maznah

Jalan Kebun

Seksyen 7

Taman Samudera

Jalan Samarinda (Taman Mesra Indah)

Seksyen 19

Taman Sentosa

Jalan Bukit Rimau

Seksyen 20

Taman Sri Andalas

Jalan Kem

Seksyen 23

Taman Subang Mas

Jalan Raja Nong

Seksyen 24

Taman Suria Pendamar

Jalan Rajion

Seksyen 25

Taman Desa Kemuning

Jalan Syahbandar

Seksyen 26

Taman Kandis Permai

Johan Setia

Seksyen 27

Taman Radzi Telok Gadong Besar

Kg Bukit Cerakah

Seksyen 28

Westport

Kg Kastam

Seksyen 29

Wisma Polis Marin Pulau Indah

Kg Pulau Indah

Seksyen 30

 

 

 

 

 

GOMBAK

Ampang Avenue

Kg Gombak Tambahan

Taman Permai Jaya Ampang

Ampang Waterfront

Kg Indah Permai

Taman Perwira Ampang

Anjung Melati

Kg Melayu Ampang

Taman Sri Ampang

Apartment Mesra Prima

Kg Muhibbah

Taman Sri Bayu

Apartment Mesra Villa

Kg Sg Sering

Taman Sri Merdeka

Apartment Sri Nilam

Kg Tasek Permai

Taman Sri Raya

Beverly Heights

Mesra Ria Apartment

Taman Sri Watan

Bkt Antarabangsa

Nusa Tropika

Taman TAR

Bkt Jubina

Riana Ukay

Taman Tasek Tambahan

Bkt Mewah

Riverdale Apartment Bukit Antarabangsa

Taman Uda Jaya

Bkt Mulia

Taman Bandar Baru Ampang

Taman Ukay Heights

Dataran Ukay

Taman Kemensah Heights

Taman Ukay Indah

Desa Aman Puri

Taman Keramat AU1

Taman Ukay Perdana

Desa Haras Hulu Kelang

Taman Keramat AU2

Taman Villa Sri Ukay

Hillside Estate

Taman Keramat AU3

Taman Wangsa Ukay

Kepong Baru (Jalan Lang)

Taman Keramat AU4

Taman Zooview

Kg Ampang Campuran

Taman Keramat AU5

Ukay Seraya

Kg Ampang Indah

Taman Kesuma

Ukay Tropika

Kg Baru Ampang

Taman Permai Villa

 

 

KUALA LUMPUR

Bangsar

Jalan Belimbing

Sebahagian Bukit Damansara

Bangunan Kerajaan Jln Duta

Jalan Duta

Segambut

Bukit Bandaraya

Jalan Dutamas Raya

Taman Bukit Damansara

Bukit Bangsar

Jalan Gegambir

Taman Bukit Pantai

Bukit Damansara

Jalan Semantan

Taman Bukit Segambut

Damansara Town Centre

Jalan Semarak (Jln Sultan Yahya Petra)

Taman Bukit Sri Bintang

Dutamas

Jalan Sri Semantan 1 & 2

Taman Segambut Aman

Imbi

Kiaraview

Taman Segambut Damai

Jalan & Persiaran Bukit Ledang

Medan Damansara

Taman Sri Bintang

 

KUALA LANGAT

Batu 7 hingga Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kg Medan

Batu 9 Kebun Baru

Eco Sanctuary

Tropicana Aman

 

KUALA SELANGOR

Kg Bukit Cheraka

Bukit Kerayong

Kg Bukit Hijau

Kg Bukit Kuching Tengah