STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN PETALING BERIKUTAN PAIP TERPUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI DAMANSARA UTAMA [31 Dis 2020, 7.30PM]

31 DISEMBER 2020, 7:30 MALAM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur berikutan insiden paip air terputus di Damansara Utama disebabkan oleh tanah runtuh. Bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna pada jam 2:30 petang tadi setelah kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan tebing siap sepenuhnya. Setakat jam 6:00 petang tadi, sejumlah 17.5%, bersamaan 11 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya, daripada keseluruhan 63 kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur. Senarai kawasan yang telah pulih adalah seperti di Lampiran A.

Peratusan kawasan yang telah pulih mengikut wilayah adalah seperti berikut:

WILAYAH

PERATUSAN KAWASAN

Kuala Lumpur

10%

Petaling

21%

Para pengguna di kawasan yang masih terjejas akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak dan lokasi premis pengguna.

Berikutan kelewatan penyaluran bekalan air ini, waktu pemulihan penuh bekalan air yang baharu bagi kawasan-kawasan yang masih lagi terjejas di Wilayah Kuala Lumpur adalah pada jam 9:00 pagi, 1 Januari 2021. Manakala, bekalan air di kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, 1 Januari 2021.

Air Selangor menyarankan pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

 

LAMPIRAN A

SENARAI KAWASAN TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN INSIDEN PAIP TERPUTUS DI DAMANSARA UTAMA YANG TELAH MENERIMA BEKALAN AIR SEPENUHNYA – 31 DISEMBER 2020

WILAYAH PETALING

Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)

Seksyen 13

Seksyen 19

Seksyen 11

Seksyen 14

SS 8

Seksyen 12

Seksyen 16

Tropicana Golf & Country Club

 

WILAYAH KUALA LUMPUR

i-Damansara

Taman Damansara Endah