TINDAKAN MENSTABILKAN SISTEM AGIHAN BEKALAN AIR DI 7 WILAYAH SEDANG GIAT DILAKSANAKAN OLEH AIR SELANGOR

8 Disember 2020, 1:00 petang

 

Kuala Lumpur - Berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dalam tempoh 5 jam disebabkan pencemaran air mentah di Sungai Selangor pagi tadi, Air Selangor mendapati sistem agihan bekalan air berada dalam keadaan tidak stabil yang mana kebanyakan tangki-tangki air di kawasan perumahan mengalami penyusutan yang mendadak pada pagi ini.

 

Justeru itu, sebanyak 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan mengalami tekanan air rendah dan bekalan air tidak stabil. Para pengguna yang terjejas dijangka akan menerima bekalan air  yang stabil bermula jam 3.00 petang hari ini secara berperingkat-peringkat. Senarai kawasan yang terlibat boleh dirujuk pada Lampiran A.

 

Air Selangor akan menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

 

Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

 

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A